Wednesday 7 December 2011

Nafkah Si Ayah; menangisku sendiri.

Assalamualaikum wbt.

Terkedu aku melihat rancangan BersamaMu di TV3. Betapa payahnya kudrat empat kerat seorang ayah untuk mencari sesuap nasi buat insan yang diikat dengan pertalian darah itu. Dengan hanya berteduhkan rumah kotak daripada hujan dan panas membuatkan aku bersyukur dengan apa yang Allah telah kurniakan padaku dan ahli keluargaku. 

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Walaupun ayah bekerja sebagai seorang tentera namun penat lelahnya tetap tak terkira. Berjaga siang dan malam menjaga keharmonian tanah air dalam masa yang sama terpaksa menjaga hati si isteri dan anak-anak yang lain. Wahai ayah, ketahuilah segala usahamu itu pasti akan membuahkan hasil kerana apa yang telah kau berikan pada keluargamu seolah-olah engkau telah menginfakkan hartamu di jalan Allah. Allah pasti akan membalasnya berlipat ganda sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak..

Al-Baqarah : 261
" Perumpamaan orang yangmenginfaqkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui.."


Sabar ayah, anak-anakmu pasti akan membalas jasa baikmu. Aku sentiasa terngiang-ngiang permintaan ayah dan ibu; 

"Kakak, kalau teringat kat ibu dan ayah ni, tolonglah bacakan kami Al-Fatihah, kami tak tahu sampai bila kami akan ada disamping kakak dan adik-adik. Kakak anak yang sulung, besar tanggungjawab pada adik-adik yang lain."

Tak mampu untuk ku tahan air mata yang mengalir bila saja teringat kata-kata ayah. Ya Allah, semoga Engkau sentiasa iringi ibu dan ayahku kebaikan dan kerahmatanMu..Amin..

Bagi kawan-kawan yang lain, meh kita fikir sekejap. Apa yang kita dah buat untuk ibu dan ayah? Pointer peperiksaan cukup-cukup makan ke yang mereka mahukan? Kemewahan harta kah? (itu kalau dapat memang nak bagi kan?) Tapi yang paling penting, sentiasa ingat akan mereka, bertanya khabar mereka, Ingat  pesan mereka kerana..kita adalah anak yang Soleh dan Solehah..

Semoga, curahan hati kali ini sedikit sebanyak memberi peringatan pada diri pembaca dan semestinya peringatan buat aku..Amin.

...Jangan lah kamu berkata 'ah' sekalipun kepada kedua ibu bapamu...

No comments:

Post a Comment