Friday 9 December 2011

Kamu nak jadi sahabat saya?


Bismillahirrahmanirrahim..

Suka saya nak kongsikan video di atas. Terharu akan sikap sahabat yang sentiasa mengambil berat. Dalam kisah ini juga menunjukkan mereka mengamalkan ayat-ayat Al-Quran Karim, Surah Ali Imran..

Walau apa pun yang terjadi, walau di mana sahaja berada, Sahabat adalah insan yang paling kita perlu untuk berada di samping kita. Kalau tak, masakan sanggup call lama-lama kan member kat Malaysia sedangkan kita kat Mesir..hee..(sahabat untuk dirindui pun jadi la kalau x dapat nak membantu,,)



Di kesempatan ini, suka saya nak ucapkan penghargaan saya pada sahabat-sahabat yang sentiasa membantu dalam medan perjuangan, tak kira la sama ada berjuang sebagai Khalifah, Akademik, Ahli Sukan, Tukang Masak, Housemate, Roommate, Driver ke..hehe..Terima kasih sangat-sangat! Syukran Jazilan Kathiran!
Semoga Allah membalas segala kebaikanmu itu.

Namun, ada sesuatu yang berguna untuk dijadikan peringatan. Sebelum ini, ,saya terlalu bebas dalam berkawan, dah faham larangan tu pun, buat jugak. Hm..sedih, tapi semoga saya dapat mengubah diri. Oh ya, saya bercakap mengenai Batasan antara lelaki atau perempuan atau IKHTILAT (klik kalu nak tahu lebih lanjut apa benda alah ni)..

Di sini saya sangat lemah. Sebab dah terbiasa dari kecik-kecik dulu, sampai sekarang. Dah tahu hukumnya pun, buat juga..(Nauzubillah buat kawan2)..Jangan ikut macam saya ya,, memang la, naik gunung, study group, bengkel, sukan, bisnes, sume memerlukan percampuran. Betul tak? Tapi, jangan lupa, ISLAM telah meletakkan SYARAT dalam kes2 macam ni. Ada caranya..dan, saya cuba nak paksa diri saya untuk ikut jugak!

Nak tahu kenapa kita kena jaga btas ni?



1) Supaya tak kena penyakit hati..tahu penyakit tu apa? JATUH CINTA..mungkin sebab kawan kita tu terlalu nak tunjuk dia baik la, caring la, jujur la, hmm..(hakikatnye ya, kalau tak, takkan dia jadi kawan kita kan?)...so, kita kena pandai kawal. Alhamdulillah, setakat ni saya tak kena lagi. (masih boleh dikawal sebab saya susah nak suka orang)



2) Supaya tak berlakunya sentuhan yang boleh membatalkan air sembahyang..Memang la, kalau dah bercampur, dah buat kerja sama-sama, mungkin boleh tersentuh..contohnya; Markonah nak ambil air depan dia, Marsol pun nak ambik air jugak depan dia.(dorang ni duduk bertentangan). Lepas tu, tak sengaja terlanggar tangan dengan tangan..dua2 pun cakap.."eh, sorry! tak sengaja"..hehe..so, kalau dapat, perkara mcam ni la nak elak..

3) Supaya...hmm..Baaaannyyaaaakkkk lagi kalau nak tahu..hehe..

So, kesimpulannya..Bersahabatlah dengan sahabat yang baik..Sahabat yang baik ialah sahabat yang melihatnya, kita teringat pada Allah, Sahabat yang baik ialah sahabat yang sentiasa membantu kita ke jalan Allah, sahabat yang baik ialah sahabat yang mampu membuat kita tersenyum sewaktu kita dalam keadaan yang sangat sedih+kecewa+putus asa..huhu..


Maaf sebab tak dapat nak bagi hujah ayat2 Quran mengenai sahabat, tapi memang ada sebab...Al-Quran kan lengkap! So, sayang Al-Quran. Sayang Allah. :)

2 comments: