Sunday 11 December 2011

Pemimpinkah kamu? Apa buktinya?

Bismillahirrahmanirrahim.

Pemimpin? Setiap daripada kamu adalah pemimpin.



" Dan (ingatlah, wahai Muhammad) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi..." (Al-Baqarah:30)

Ayat di atas sekiranya dilihar menggunakan mata hati, mentaklifkan bahawa kita diciptakan bukan sekadar untuk hidup, namun untuk menjadi khalifah yang akan mengislamisasikan dunia ini. (so, sapa-sapa yang rasa Hidup Untuk Makan tuh..agak2 la wei..hehe)

*Serius:

Kepimpinan bukanlah sesuatu yang mudah untuk diletakkan di bahu seseorang bahkan DIIBARATKAN KAKI KANAN AKAN MELANGKAH KE SYURGA, KAKI KIRI AKAN BERSEDIA UNTUK KE NERAKA. Memilih seorang pemimpin juga bukanlah mudah untuk menentukan siapa yang lebih baik untuk memimpin kita menuju ke syurga Nya. Sesetengah pihak hanya memandang beberapa sudut sahaja bagi memilih seorang pemimpin, mungkin tidak terlepas daripada orang yang disukainya NAMUN pemimpin itu perlulah dilihat daripada sudut Hablu Minallah, dan Hablu Minannaas. (Hak kepada Allah, dan Hak kepada Manusia). Adakah dia seorang yang menjaga hak-haknya dengan Allah atau sebaliknya? Adakah dia mampu untuk memastikan kita agar sentiasa dalam jalan yang benar?

Walau bagaimanapun, kita masih perlu mencari pemimpin yang ke arah itu. Jika menunggu untuk mencari manusia yang sempurna, memang takkan ada lah pemimpin sebab tiada yang sempurna kecuali, Rasulullah SAW. So, kita perlu pilih yang terbaik dan jadilah pemimpin dalam kalangan kita.

Memilih pemimpin dalam Islam bukanlah perkara sederhana, tapi merupakan hajat besar kehidupan manusia. 
Faktor Utama Yang Perlu Ada Dalam Seorang Pemimpin Untuk Sesuatu Organisasi/ Persatuan:

1) Kekuatan daripada segi Didikan Agama.
- Ia meliputi semua ahli yang terlibat dengan organisasi. Tumpuan utama yang menjadi perhatian dan perhitungan masyarakat ialah kepada para ketua pemimpin. Siapa yang ada didikan sempurna akan dapat mendidik anak2 buahnya dengan baik dan seterusnya akan membawa kepada kekuatan organisasi itu sendiri.
Tanggungjawab yang paaaaling besar ialah memastikan kerohanian anak2 buahnya terisi dengan perkara2 yang dituntut agama.


2) Meletakkan seseorang di tempat yang sesuai.
- Organisasi yang kuat dan mantap ialah yang mngetahui keupayaan dan kecenderungan ahli2 sendiri. (Jangan letak sebab ikut pangkat or member2). Dari sini seseorang yang ditugaskan itu dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna. Keadaan inilah akanmemantapkan lagi organisasi tersebut. Tugas yang diberikan bersesuaian dengan pengetahuan, pengalaman dan disiplin seseorang.

3) Mengambil berat tentang ahli anggotanya. (bab ni aku suka)
- Organisasi yang mantap ialah yang mengambil berat tentang hal ehwal anggotanya. Ini mencermnkan keprihatinan terhadap ahli. Ia akan membantu menyelesaikanmasalah yang timbul. Tindakan ini bagi mengelakkan anggotanya dari meninggalkan Organisasi tersebut. Ia sentiasa memastikan kebajikan ahlinya terjaga.Hakikatnya, semua ni perlu ditunjukkan oleh ketua jugak kan? kalau tak mana anak buah nak ikut..:(

Ciri-ciri pemimpin:
1) Niat yang lurus/ satu/ betul.
2) Lelaki
3) Berpegang pada hukum Allah
4) Memutuskan Perkara dengan Adil ( jangan semberono)
5) Tidak menolak permintaan saat diri diperlukan oleh ahli/rakyat
6) Menasihati ahli/ rakyat
7) Tidak menerima rasuah
8) Mencari Pemimpin Yang Baik
9) Lemah Lembut
10) Tidak meragukan dan hipokrit di hadapan ahli/ rakyat

Sekian. sapa2 yang terbaca ni sama ada sedang jadi pemimpin, baru dijadikan pemimpin, atau sedang mencari pemimpin, meh la sama2 ambil untuk jadi iktibar. Saya kongsi ni bukan atas sebab nak menyindir atau nak orang sedih tapi, untuk dijadikan pengajaran.



Imam Hassan Al-Banna pernah berkata:
" Sesungguhnya, aku sedang menasihati kamu, bukan bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga aku yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri, Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan. "

Take note. Gamsahabnida. Assalamualaikum. :)

No comments:

Post a Comment