Wednesday 7 December 2011

Memulakan Hari Mu

Bismillahirrahmanirrahim.

Pembuka bicara, Kalam Allah.
Idea dinukil mengaharap redhaNya.

"Segala Puji bagi Allah, Tuhan yang telah menghidupkan setelah kita dimatikan dan hanya kepadaNya kita dikembalikan"

Setelah merasa nikmatnya tidur di malam hari, semoga bait ini sentiasa menjadi kebiasaan dalam rutin harin kita. Semoga segala penat lelah syaitan yang telah berusaha untuk memperdaya kita keesokan harinya tersia-sia begitu sahaja.

Apa yang anda fikir setelah bangun tidur?


Wahai sahabat-sahabat sekalian, Tipu tak tipu kalau kita biasakan bacaan doa di atas sudah semestinya kita fikirkan kebesaran Allah. Namun, jangan sia-siakan hari yang bermakna buat kita dengan angan-angan kosong. Tak salah jika setiap hari kita menanam azam yang pernah kita lafazkan dari bertahun-tahun dahulu. Kalau tak bersemangat juga..faham-fahamlah kehangatan tahi ayamnya sendiri.. Jadi, tanam azam dan perbaiki diri! Agar kita mampu mencapai segala yang agak mustahil bagi kita dahulu.

(contohnya; Abu berazam nak dapat kereta mewah BMW. Namun dia hanya dengan angan-angan kosong setiap pagi. Akan tetapi! Dia mula memperbaiki sikapnya dan berazam untuk mendapat kejayaan dalam MLMS HPA. Sekarang dia hampir mencapai angan-angan kosongnya dahulu...:) )

Bersyukur atau tidak?


Bersyukur sama maksudnya dengan berterima kasih. Ya Allah, terima kasih kerana masih memberi aku peluang untuk hidup, peluang untuk menjadikan diriku kepada yang lebih baik, peluang menjadikanku anak yang soleh dan solehah.Andainya kita bersyukur? apa buktinya? Cukupkah dengan hanya mengucapkan Alhamdulillah..? Sekiranya berpeluang, Jom la kita tunai Solat Dhuha! Baca Al-Mathurat yang pendek pun ok. Semoga, Rezeki yang dilangit, Allah turunkan, dan semoga diri kita dilindungi daripada Syaitan yang dilaknat. Barangsiapa yang membaca walau ayat "Auzubillahissami'il Alimi Minash Syaitanirrajim" Insyaallah, Allah akan lindungi kita...=)

23:1 (surah Al-Mu'minun)
"Sungguh beruntung orang-orang yang beriman.."

Allah, Tuhan yang Maha Adil dan Saksama..
Semoga apa yang disampaikan dalam nukilan kali ini dapat memberikan sedikit Ilmu walau tak banyak..
"Sampaikanlah walau sepotong ayat.."

No comments:

Post a Comment